Di tengah
perpecahan dunia Islam sekarang ini, kita merasakan alangkah banyaknya
kekuatan yang hendak menarik, sekaligus mengeluarkan wanita dari agama
dan syari’at NabiNya ke jalan yang amat jauh dari jalan yang diredhai
Allah, diantaranya adalah derasnya suara seruan kebebasan wanita.
Wanita yang kononnya disokong oleh kalangan orang-orang yang memang berfikiran liberal.
Para
penyeru kebebasan wanita belakangan ini, bertambah lantang dan lancar,
dengan berusaha sekuat tenaga menodai kehormatan dan kedudukan para
wanita.
Semua
itu pada dasarnya adalah untuk menyeret wanita agar supaya mempunyai
kedudukan setara dengan kaum lelaki, agar wanita meninggalkan serta
menanggalkan busana (jilbab/tudung) muslimahnya, agar wanita bekerja di
sektor-sektor pekerjaan kaum lelaki, agar wanita berhias secantik
mungkin agar bertambah ayu, seksi, feminin, dan menawan ketika keluar
dari tempat tinggalnya.
Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW:
Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki daripada fitnah kaum wanita.
Sebenarnya
perkara seperti ini tidak akan terjadi bila wanita berpegang teguh
dengan jalan yang digariskan Allah sejak ribuan tahun yang lalu iaitu
sebuah solusi yang mencakupi seluruh segi kehidupan wanita yang akan
membawa kaum wanita ke tempat terhormat dan terhindar dari berbagai
jurang kehinaan.
Makna Emansipasi/ Kebebasan Wanita
Emansipasi berasal dari bahasa latin “emancipatio”
yang ertinya pembebasan dari tangan kekuasaan. Di zaman Rom dulu,
seorang anak yang belum dewasa dapat bebas dari kekuasaan ibu bapa, akan
mengangkat hak dan darjatnya.
Oleh itu,
makna emansipasi wanita adalah perjuangan sejak abad ke-14M, dalam
rangka memperoleh persamaan hak dan kebebasan seperti hak kaum lelaki.
Jadi para
pejuang kebebasan wanita menginginkan agar para wanita disamakan dengan
kaum lelaki disegala bidang kehidupan, baik dalam pendidikan, pekerjaan,
ekonomian mahupun dalam pemerintahan.
Hak Wanita Yang Sempurna di Dalam Islam
Islam memberikan kebebasan kepada wanita dalam bidang pendidikan, perkahwinan, pekerjaan, politik dan kemasyarakatan.
Panduan
umum al-Qur’an dan al-Sunnah terhadap kedudukan wanita adalah sama
dengan lelaki dari segi kemanusiaannya, iaitu kedua-duanya mempunyai
sama hak dan sama kewajipan dalam melaksanakan tugas-tugas agama seperti
firman Allah Taala:
“Wahai manusia, bertakwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari satu jiwa” Surah al-Nisa’ 4:1
Hak-hak
ini semua tidak terdapat dalam fahaman yang menamakan dirinya “faham
moden”, yang menyeru ‘Emansipasi Wanita’ itu. (Bahkan sebaliknya) mereka
mengatakan bahwa Islam menghilangkan hak-hak wanita dan memenjarakannya
di dalam rumah.
Apakah
kerana Islam tidak menjadikan wanita sebagai “barangan murah” yang dapat
dinikmati oleh setiap pandangan mata dan pemuas nafsu mereka yang bejat
itu?
Inikah kebebasan yang mereka memperjuangkan? Dan inikah hak yang mereka tuntut?
Hak-hak kemasyarakatan
Di dalam
Islam seorang wanita memiliki kebebasan untuk menentukan pilihan. Islam
mendorong agar wanita memberikan sumbangan pemikiran dan pendapatnya.
Ada banyak
kisah di zaman Rasulullah SAW dimana para wanita mendapatkan kesempatan
untuk menyampaikan pertanyaan-pertanyaan secara langsung kepada baginda
dan menyampaikan pendapat mereka tentang berbagai hal seperti masalah
pendidikan, sosial, ekonomi dan sebagainya.
Disamping
itu seorang wanita memiliki kebebasan untuk memilih calon pasangan
hidupnya dan dia tetap menggunakan namanya setelah dia berkahwin dan
tidak menggunakan nama suaminya. Demikian pula kesaksian wanita diakui
di dalam sebuah kes atau perkara.
Hak-hak Sosial
Dalam Hadis Rasulullah bersabda: “Menuntut ilmu adalah kewajiban atas setiap muslim”.
Hadis ini
menjelaskan tentang perintah menuntut ilmu bagi setiap muslim termasuk
wanita di dalamnya. Lelaki dan wanita memiliki hak untuk belajar dan
memahami.
Keduanya
juga memiliki tugas untuk berperilaku baik dan meninggalkan perilaku
buruk dalam seluruh aspek kehidupan mereka. Untuk menjalankan tugas ini
seorang wanita harus mendapat pendidikan yang layak yang disesuaikan
dengan fitrah, kecenderungan dan kudrat kewanitaannya.
Tugas
utama seorang wanita adalah menjaga rumah tangganya, mendidik dan
membesarkan anak-anaknya, serta memberikan sokongan dan bantuan bagi
suaminya.
Namun
demikian, apabila dia memiliki skill (kemampuan) untuk bekerja di luar
rumah demi kebaikan masyarakatnya, maka boleh baginya untuk menjalani
pekerjaan tersebut dengan izin suaminya dan dengan syarat dia tidak
mengabaikan tugas utamanya di rumah
Hak-hak Ekonomi
Allah SWT
menciptakan lelaki dan dan wanita berbeza dalam kelebihan fizikal,
fungsi dan kemampuan. Secara umum Islam menempatkan wanita
bertanggungjwab pada hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan rumah
tangga, dan lelaki berkaitan dengan perlindungan dan nafkah.
Oleh itu, wanita diberikan hak utuk mendapatkan kewangan dari suaminya.
Seorang
wanita dalam Islam memiliki hak-hak istimewa untuk mendapatkan wang
atau sesuatu dari suaminya, hak untuk memiliki harta peribadi, untuk
melakukan kegiatan bisnes dan untuk mengelola seluruh hartanya mengikut
keinginannya dan tidak seorang pun yang boleh mengambil hartanya,
termasuk suaminya.
Hak-hak sebagai Isteri
Untuk memelihara cinta dan rasa aman yang muncul dari hasil perkawinan, seorang isteri memiliki beberapa hak.
Hak
pertama yang dimiliki oleh seorang isteri adalah hak untuk mendapatkan
mahar sebagai hadiah dari suami yang merupakan sebahagian dari
perjanjian akad nikah dan merupakan salah satu syarat sah sebuah
pernikahan.
Hak kedua
yang dimiliki oleh isteri adalah hak untuk mendapatkan keperluan asas.
Biarpun isterinya telah kaya, suami tetap diwajibkan untuk melaksanakan
tugasnya memberikan atau memuhi keperluan makanan, pakaian dan tempat
tinggal bagi isterinya.
Seorang
suami tidak dipaksa untuk memberikan nafkah di luar kesanggupannya dan
seorang isteri juga tidak digalakkan mengajukan tuntutan yang tidak
masuk akal atau tidak beralasan yang dapat memberatkan suaminya.
Seorang isteri berhak menolak permintaan suaminya yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.
Seorang
suami juga hendaknya tidak sekadar mengambil keuntungan dari isterinya,
tetapi dia harus bijaksana dan mempertimbangkan keperluan dan
kebahagiaan isterinya. Demikianlah Islam mengajarkan.
Apabila wanita baik, nescaya masyarakat pun akan menjadi baik.
Sebaliknya, apabila wanita rosak, masyarakat pun akan rosak.
Sungguh, apabila mereka benar-benar memahami agama, hukum dan syari’at Allah, nescaya mereka akan mampu melahirkan generasi-generasi baru yang hebat dan berguna untuk umat keseluruhannya.
Itu semua cuman pendapat ya sobat..,alangkah baiknya itu dijadikan sebagai pertimbangan ya ..sobat!
GOOD LUCK!!
No comments:
Write comments